Mahu cetak buku sendiri tetapi tidak tahu berapa kosnya?

Manuskrip dah siap.

Editor pun dah edit supaya sedap dibaca.

Design layout buku pun dah dibuat.

Tinggal nak print (cetak) sahaja lagi!

Sekarang, nak cetak saiz apa? Jenis kertas apa mahu digunakan untuk muka dalam? Jenis kertas apa untuk cover? Hitam putih atau full colour?

Banyak lagi faktor yang main peranan dalam menentukan kos cetak buku kita.

Kos cetak buku mainkan peranan dalam menentukan harga buku

Memandangkan industri buku ini sudah wujud lama.

Formula cara pengiraan harga buku yang diguna pakai oleh penerbit pun sudah ada standard-nya.

Biasanya penerbit buku akan cetak sekitar 2,000 unit buku. Katakan kos cetak sebuah buku adalah RM4.

Maka, harga buku tersebut kita boleh anggarkan sekitar RM20.

Kenapa?

Sebab kebanyakan penerbit mengambil kira kos cetakan adalah 20% daripada harga jual sebuah buku.

"

Bagaimana cara hendak menurunkan kos cetak?

Senang sahaja.

Lagi banyak unit kita print, lagi murah kos cetakan.

Kos cetak buku yang sama jika mahu cetak 2000 unit dengan cetak 500 unit adalah berbeza.

TETAPI.

Pertama sekali, tengok bajet kita dahulu.

Paling penting kita mampu bayar.

Dan kedua penting adalah kita mampu jual.

Jika kita cetak sebanyak 2,000 unit, tetapi yang terjual hanya 400 unit sahaja, baki itu takut tersorok bawah katil sahaja.

Jadi matlamat kita sepatutnya bukan hendak turunkan kos cetak, TETAPI bagaimana kita dapat jual buku itu supaya dapat cover kos cetak itu dari awal.

Sebab itu ada penulis yang buat pre-order.

“Lagi dua minggu buku ini akan masuk kilang cetak, sekarang saya mahu buka pre-order dahulu! Klik sini untuk membeli ….”

Serahkan tugas cetak
kepada kami!

Serahkan tugas cetak kepada kami!

Kuras Buku merupakan sebuah syarikat yang membantu penulis self-publish untuk terbit buku bermula dari manuskrip belum disunting sehinggalah buku itu siap dicetak.

Kuras Buku sudah beroperasi dari 2015 dan sudah membantu bukan sahaja penulis, malah penerbit swasta, universiti, dan organisasi kerajaan untuk terbitkan buku mereka.

Berapa anggaran kos cetakan untuk 1000 unit buku?

Kita andaikan spesifikasi buku anda yang sudah siap disunting dan desain layout seperti ini:

Spesifikasi Buku

  • Size: A5
  • Jumlah muka surat: 160 m/s (hitam putih)
  • Jenis kertas: Simili 80 gsm
  • Cover buku: 250 gsm art card (full colour) + Gloss laminate
  • Perfect binding

Kos Cetakan
Mengikut Jumlah

Kos Cetakan Mengikut Jumlah

  • 1000 unit – RM4.20 per unit
  • 500 unit – RM6 per unit

Berminat mahu kami uruskan cetakan buku anda?

Contact Form Percetakan