Latihan Komunikasi & Penyampaian
Nadi Komunikasi,
Pemacu Suara Anda.
Program latihan untuk individu, profesional, dan organisasi. Dari membina persona dan suara peribadi, hingga melengkapkan pasukan anda dengan kemahiran menulis, bercakap, dan berkomunikasi dengan penuh yakin.
- Sejak
- 2015
- Pengalaman
- 10 tahun
- Penerbitan
- 100+ buku
Dipercayai Individu dan Organisasi Terkemuka
Program Latihan Penerbitan Kuras Buku
Enam Program, Satu Standard Penyampaian.
Dari membina persona digital hingga menguasai pentas, setiap program dirangka untuk membina keyakinan dan keupayaan menyampaikan idea anda dengan berkesan.
- 01
Bina Persona @ Media Sosial
Bentuk identiti digital yang konsisten dan dipercayai. Anda belajar merangka persona yang autentik, menarik pengikut yang tepat, dan mengubah kehadiran maya menjadi pengaruh yang bernilai.
HasilPersona digital yang jelas dan pengikut yang terarah.
Butiran program → - 02
Jana Pendapatan sebagai Pempengaruh Buku
Tukar minat membaca menjadi kerjaya. Pelajari cara memonetisasi pengaruh anda, dari kerjasama jenama hingga kandungan berbayar, tanpa menggadai kredibiliti.
HasilStrategi pendapatan yang mampan sebagai pempengaruh buku.
Butiran program → - 03
Bengkel Bicara & Resensi Buku
Kuasai seni mengulas yang tajam dan berwibawa. Anda dilatih menganalisis, menilai, dan menyampaikan resensi yang dihormati pembaca, penulis, dan penerbit.
HasilKeupayaan mengulas yang kritis dan dipercayai.
Butiran program → - 04
Cakap Depan Kamera
Hilangkan kekok, kuasai lensa. Teknik praktikal untuk menyampaikan mesej dengan tenang, jelas, dan meyakinkan dalam setiap rakaman.
HasilKeyakinan menyampaikan depan kamera tanpa skrip.
Butiran program → - 05
Seni Menjadi Moderator Interaktif
Pandu perbualan, hidupkan majlis. Belajar mengemudi sesi, mencungkil jawapan bernas, dan mengekalkan tumpuan audiens dari patah pertama hingga noktah terakhir.
HasilKawalan penuh sebagai moderator yang interaktif.
Butiran program → - 06
Yakin di Kertas, Gigil di Pentas
Untuk yang lancar berkarya tetapi kaku berbicara. Program ini merapatkan jurang antara pena dan pentas, membina keyakinan menyampaikan idea dengan suara anda sendiri.
HasilKeberanian membentangkan idea di hadapan khalayak.
Butiran program →
Metodologi Penerbitan Kuras Buku
Tiga Langkah Berstruktur. Hasil Tuntas yang Terukur.
Metodologi Penerbitan Kuras Buku dibina atas asas kajian sarjana penerbitan dan pengalaman lapangan perundingan komunikasi sebenar. Kami tidak sekadar berkongsi teori; kami membentuk strategi.
- 01
Penilaian (Assess)
Kenal pasti kelompangan komunikasi sedia ada. Kami mengaudit aliran kerja dan sasaran mesej organisasi anda.
- 02
Latihan (Train)
Pemindahan ilmu secara taktikal. Latihan praktikal dirangka bagi merapatkan jurang kemahiran menerusi modul yang disesuaikan.
- 03
Pelaksanaan (Implement)
Merencana gerak kerja pasca-latihan. Kami bantu anda menterjemah setiap modul menjadi amalan harian yang nyata.
Servis Tambahan
Penerbitan Korporat Menyeluruh: Dari Idea Coretan ke Naskhah Edaran.
Jika projek anda menuntut pelaksanaan pakar luar, rumah penerbitan kami bersedia beroperasi pada kapasiti optimum. Dari suntingan manuskrip yang jitu, reka letak berwibawa, hingga pengurusan cetakan pukal. Biar kami uruskan kerumitan teknikal, anda fokus pada visi besar organisasi.
- Suntingan manuskrip profesional
- Susun atur dan reka bentuk muka surat
- Cetakan kuantiti rendah hingga tinggi
- Pengurusan ISBN dan deposit perpustakaan
- Pengedaran B2B dan e-commerce
Bukti Kepakaran Akar Umbi
Akar Kami, Kepakaran Anda: Servis Penerbitan Bersepadu.
Sebelum melatih pasukan anda, kami terlebih dahulu mengotorkan tangan di lapangan. Sebagai sebuah rumah penerbitan yang aktif, kami kekal menawarkan perkhidmatan teknikal dari hujung ke hujung. Sama ada anda perlukan latihan atau pelaksanaan penuh, jentera kami sentiasa bersedia.
-
Suntingan Tepat, Bebas Ralat
Kami meneliti setiap patah kata, nahu, dan frasa. Sama ada laporan tahunan atau buku polisi, kami pastikan setiap naskhah tajam, bebas cela, dan mengekalkan laras bahasa rasmi organisasi anda.
-
Reka Letak Kemas, Sedap Ditelaah
Susun atur bukan sekadar lambakan teks pada helaian. Kami merangka hierarki tipografi dan reka letak yang profesional agar dokumen tebal menjadi mesra pembaca, kemas, dan mudah difahami.
-
Rekaan Visual, Pemangkin Citra
Dari rekaan kulit luar hingga infografik dalaman, kami menterjemahkan data yang sarat menjadi visual yang memikat. Rekaan kami tidak sekadar cantik, tetapi direka khusus untuk memperkukuh identiti korporat anda.
-
Urusan Cetakan, Selesai Di Pintu
Lupakan pening kepala berurusan dengan kilang. Kami mengemudi urusan pencetakan sepenuhnya, dari pemilihan material kertas, kawalan mutu warna, hinggalah naskhah fizikal tiba dengan selamat di pejabat anda.
Hasil yang Diukur
Kajian kes organisasi.
Klien kami diukur dengan metric, bukan janji. Berikut adalah perbezaan yang program kami bawa kepada organisasi sebenar.
-
40%
Pengurangan masa editing
— Pengarah, Sebuah Agensi Kerajaan PersekutuanLatihan Penerbitan Kuras Buku menyusun semula proses pelaporan jabatan kami. Editing time turun 40% dan kualiti dokumen lebih konsisten.
-
3X
Output newsletter dipertingkatkan
— Head of Communications, GLC TenagaSebelum program, newsletter kami terbit setiap suku. Selepas latihan strategi penerbitan, kami konsisten terbit setiap bulan tanpa tambah pasukan.
-
12 mins
Purata response time media
— Director of Corporate Affairs, Korporat TersenaraiCrisis playbook yang dibangunkan dengan Penerbitan Kuras Buku tolong kami respons wartawan dalam 12 minit purata, dari sebelum ini berjam.
Borang Permohonan
Sedia melonjakkan keupayaan komunikasi pasukan anda?
Rintis transformasi hari ini. Hubungi kami untuk merangka modul latihan dan penerbitan yang paling selari dengan aspirasi organisasi anda.
- Proposal khas mengikut keperluan organisasi anda
- Kompatibel dengan klaim HRD Corp
- Boleh dijalankan secara on-site atau hybrid









